Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Thursday, 6 September 2012

Peta Buih ( i-think)


Panduan Membina Peta Buih

Baiklah, hari ni saya kemjukakan satu lagi peta dalam i-think.Peta Buih. Pernah dengar tak?

Dalam membina peta buih, beberapa aspek perlu dipertimbangkan... 
  • Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar?
  • Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
  • Apakah sifat bagi konsep / nombor ini?
  • Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
  • Anda boleh gunakan persoalan-persoalan tersebut untuk menjelaskan tentang sifat terhadap tajuk-tajuk yang dibincangkan. 
Langkah Membina Peta Buih

Untuk membina Peta Buih, anda perlulah:

Ø Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
Ø Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang mewakili topik tersebut.
Ø Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
Ø  Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang berbeza boleh digunakan.
Ø  Contoh topik – Bapa Saya
Ø Kata Adjektif – Kacak, baik hati, periang, pandai, pendiam, rajin 

Berikut adalah satu contoh Peta Buih untuk rujukan anda...

   
Ok...selamat mencuba,jumpa lagi nanti...




Wednesday, 5 September 2012

Taklimat Internship PGSR Ambilan Nov 2008


Saya nak ambil kesempatan ni untuk buat pengumuman sebentar ya...

Program internship PGSR bagi pelajar Ambilan November 2008 sudah bermula mulai 27 OGOS – 21 SEPTEMBER 2012

Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan satu taklimat akan diadakan kepada mentor / wakil sekolah untuk membimbing pelajar yang terbabit. 

Oleh yang demikian, mohon kepada semua pelajar PGSR, sila maklumkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk menghantar mentor bagi menghadiri taklimat tersebut.

Taklimat akan diadakan secara berpusat mengikut zon. Berikut adalah butiran takilmat berkenaan:

TARIKH / HARI
TEMPAT
PESERTA

9  SEPTEMBER 2012-09-06
AHAD
SK. Pendidikan Khas, Alor Setar, Kedah
Sekolah Zon Utara (Kedah & P.Pinang)
10 SEPTEMBER 2012
SK.Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab,Kota Bharu, Kelantan
Bagi sekolah di Kelantan dan Terengganu
11 SEPTEMBER 2012
SK.Pendidikan Khas, Johor Bharu,Johor
Bagi sekolah Zon Selatan
12 SEPTEMBER 2012
SK.Pendidikan Khas, seremban,Negeri Sembilan.
Bagi sekolah di Negeri Sembilan dan Melaka
13 SEPTEMBER 2012
SK.Tarcisian Convent, Ipoh,Perak
Bagi sekolah di Negeri Perak
14 SEPTEMBER 2012
SK.(LKTP) Jengka 3,Pahang
Bagi sekolah di Negeri Pahang
18 SEPTEMBER 2012
Dewan Kuliah IPG IK
Bagi sekolah di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Praktikum IPGK Ilmu Khas.

Sekian, Harap Maklum.

Ketua Unit Praktikum

Monday, 3 September 2012

i-think


PETA BULATAN

i-think atau Peta Pemikiran ini adalah idea KPM yang baru untuk merangsang pemikiran para pelajar.
Jadi,saya harap guru-guru pelatih di IPG khususnya, apabila pergi ke sekolah nanti, janganlah buat-buat terkejut apabila mendengarnya ya...
Baiklah..sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, saya kemukakan peta Pemikiran dalam i-think yang pertama, iaitu Peta Bulatan.

Definisi:
  • Peta Bulatan digunakan untuk mendefinisikan sesuatu mengikut konteks(defining in context).
  • Tajuk utama diletakkan di tengah-tengah bulatan.
  • Kemudian definisi lanjut berkenaan tajuk tersebut diletakkan di luar bulatan utama yang dilakarkan itu.
  • Di bahagian luar bulatan, dinyatakan sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dinyatakan.
  • Sekali pandang, kita akan dapat gambaran keseluruhan terhadap tajuk yang dikemukakan.
  • Ini akan lebih memudahkan kita memahami sesuatu tajuk atau perkara yang hendak dibincangkan.


 PANDUAN MEMBINA PETA BULATAN

Untuk memudahkan anda membina Peta Bulatan, saya kemukakan beberapa soalan yang boleh anda gunakan untuk mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan. Antaranya:

  • Apakah kata pembayang yang dapat membantu mentakrifkan tajuk?
  • Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
  • Adakah anda tahu bahawa ...........................?
  • Bagaimana mendefinisikan atau memperkenalkan sesuatu idea / topik ini?
  • Apakah yang anda terfikir tentang .......................?



LANGKAH MEMBINA PETA BULATAN

Antaranya anda hendaklah:

  • Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
  • Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.
  • Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
  • Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
  • Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
          Macam mana?dapat gambaran tak rupa bentuk petanya?

Baiklah,untuk makluman anda, berikut adalah contoh Peta     Bulatan yang boleh anda hasilkan:


Ok....puas hati....selamat menggunakannya...jumpa lagi nanti dengan peta yang ke dua dalam i-think ni ya..ok selamat...