BAB 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
1) Teori Behaviouris:
· Teori Behaviorisme juga dikenali sebagai mazhab behavioris.
· diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
· menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya.
· Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
· Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.
· Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma.
· Rumusannya;
· Perubahan tingkah laku
· Perolehan tabiat dan sikap
· Berlandaskan teori
· Tindak balas terhadap rangsangan
· Pembelajaran melalui pelaziman
· Tingkah laku luaran
· Dipengaruhi oleh peneguhan
· 2 jenis;
-pelaziman klasik
-pelaziman operan
2) Prinsip teori tingkah laku:
· Murid terlibat dengan aktif
· Bahan disusun dalam urutan
· Maklum balas secara langsung
· Berikan ganjaran dan motivasi
3) 7 Elemen utama behaviouris:
· Menarik perhatian murid
· Objektif perlu jelas
· Rangsang proses ingat semula
· Bahan yang merangsang
· Bimbingan berterusan
· Ada tugasan dan soalan
· Buat penilaian
4) Konsep Pelaziman Klasik Ivan Pavlov;
o Generalisasi
o Diskriminasi
o Penghapusan
5) Prinsip Pembelajaran Pavlov;
· Kaitkan tugasan dengan pengalaman
· Kaitkan tajuk dengan rangsangan dan tindak balas
· Kukuhkan rangsangan dengan latihan
· Perlukan motivasi
· Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan.
· setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
· pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas
6) Konsep Pelaziman Operan Thorndike;
· Pembelajaran melalui R-G
· Pelaziman berlaku bila ada rangsangan
· Hukum pembelajaran
-Hukum kesediaan
-Hukum latihan
-Hukum kesan
· pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak balas.
· implikasi teori Pembelajaran Thorndike terhadap pembelajaran;
· untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan
· pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya
· konsep hukum kesediaan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah
· guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar
· latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
· untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai
· mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan
· memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada murid
7) Konsep Pelaziman Operan Skinner;
· Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas berulang
· Kemukakan konsep pengukuhan
-pengukuhan positif
-pengukuhan negatif
8) Aplikasi Pembelajaran Skinner;
· pemberian peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.
· ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid.
· wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
· guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada murid kerana mereka mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
· gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman.
· guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
ImpIikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
· Gerak balas positif dapat dipupuk
· Pengulangan akan mengukuhkan ingatan
· Perkaitan membantu membina konsep
· Satu rangsangan yang diganti rangsangan lain membantu membina konsep (rangsangan terlazim )
· Pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran menghasilkan tindak balas terlazim
· Membimbing membuat generalisasi dengan tepat dan perkaitan pelbagai contoh
· Kemahiran membuat diskriminasi
· Latihan perlu diberikan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim
· Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan berterusan ( Dikekalkan /dikukuhkan )
· Penggunaan peneguhan positif membawa kepada keseronokan
· Prinsip penghapusan ( pelaziman operan) adalah sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku
· Membantu murid menguasai konsep diskriminasi
· ( pelaziman operan ) memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat
· Menggunakan prinsip Jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan
9) Teori Kognitif;
· ahli-ahli psikologi kognitif yang terkenal dengan teori ini adalah seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel.
· Pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal
· Proses mental yang aktif
· tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang
· Hasilkan Teori Pembelajaran Gestalt
· Pembelajaran libatkan 2 proses;
-persepsi
-penanggapan
Implikasi Teori Ausubel Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
• Ketika mengajar, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan.
• Ausubel menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu berusaha ke arah membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi pelajaran dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama.
• Guru digalakkan untuk menggunakan pembelajaran penemuan kerana ini melibatkan penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat dan sebagainya. Pembelajaran ini lebih kekal,bermakna dan menyeronokkan.
Implikasi Hierarki Pembelajaran Gagne Kepada Pembelajaran Murid;
• Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan luar.
• Bergantung kepada motivasi luaran dan dalaman.
• Fasa maklum balas adalah terpenting kerana fasa ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperolehi.
• Proses ini berkait rapat dengan konsep kesediaan, motivasi,pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran
10) Teori Konstruktivis;
· 2 jenis;
· Dipopularkan oleh Piaget
· 2 jenis;
-kognitif
-sosial
Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran;
• Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon murid serta menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima.
• Penilaian adalah sebahagian proses pembelajaran. Oleh itu, murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing
11) Teori Kognitif Jean Piaget;
· Kognitif berkembang dengan pembesaran kanak-kanak
· Penekanan kepada;
-proses dan peringkat
· Proses;
-Asimilasi
-Akomodasi
· Peringkat;
-sensorimotor
-pra operasional
-operasi konkrit
-operasi formal
12) Teori Kognitif Lee Vygotsky;
· Proses penaakulan melalui interaksi sosial
· Zon perkembangan proximal
-perkembangan sebenar
-perkembangan berpotensi
13) Teori Pembelajaran Sosial;
· Pembelajaran melalui;
-proses permodelan
-pemerhatian
-peniruan
· Tingkah laku sosial;
-keagresifan
-persaingan
-peniruan model
14) Teori Sosial Bandura;
· Pembelajaran melalui proses 4 proses;
-perhatian
-mengingat
-reproduksi
-peneguhan
· ciri teori pemodelan Bandura adalah seperti berikut;
· unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
· tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.
· murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
· proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
15) Pendekatan Humanistik;
· Kategorikan Pembelajaran kepada 2 jenis;
-pembelajaran kognitif yang tidak berguna
-pembelajaran eksperiential
· Pembelajaran bergantung kepada emosi
· Pentingkan peranan guru
· Murid perlu sokongan motivasi
Implikasi Teori Humanis Terhadap Proses Pembelajaran;
· menitikberatkan perkembangan persendirian individu sosial yang sihat.
· programnya berorientasi penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran resepsi (penerimaan).
· perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati.
· matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu.
· lebih berpusatkan murid.
· tidak begitu mengambil berat tentang metodologi pengajaran jika dibandingkan dengan hubungan secara peribadi mereka dengan murid serta peranan murid sebagai pembantu proses pengajaran dan pembelajaran.
· menggalakkan perkembangan psikologikal secara langsung dalam situasi pendidikan.
· meningkatkan motivasi, locus of control, pemikiran kreatif, kepekaan interpersonal, maruah diri, identiti kendiri dan aspek-aspek fungsional lain manusia.
16) Bantu kanak-kanak perpendidikan khas;
· Bawa jumpa pakar
· Galakkan keistimewaan mereka
· Sabar
· Bantuan dalam pembelajaran
· Amalkan kasih sayang
· Lakukan aktiviti bersama
· Berikan kebebasan terbatas
· Ganjaran
No comments:
Post a Comment