KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU
· Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami
A) Konsep Kumunikasi;
— Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain.
— Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan persekitaran.
— Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid.
— Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif.
— Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima.
B) Kemahiran Komunikasi;
· Lisan- pertuturan menyoal & penerangan
· Bukan lisan;
1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan
2. Ruang : jarak antara individu
3. Penampilan diri
· Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa
C)Definisi;
— Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.
— Kajian Flanders mendapati;
— Wujud hubungan sehala antara guru-murid.
— bersyarah/menerang/arahan/mengkritik
— Wujud hubungan dua hala.
— menerima perasaan murid
— memuji/dorongan
— Ned A.Flanders
— Interaksi guru-murid melibatkan percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.
D) Konsep Kemahiran Komunikasi Berkesan
— Teknik yang efektif amat dtitikberatkan
— Komunikasi dapat dicapai dalam bentuk lisan dan bertulis
— Komunikasi lisan dan bertulis digunakan untuk menilai kefahaman murid
— Komunikasi merupakan kunci kejayaan dalam setiap bilik darjah
E) Jenis-jenis Komunikasi;
Terdapat tiga jenis komunikasi
- Berbentuk simbolik
- Berbentuk lisan
- Berbentuk tulisan
F) Prinsip Asas Komunikasi;
A. Komunikasi harus ada tujuan
◦ memastikan bahawa tujuan dalam menyampaikan ilmu itu telah tercapai.
B. Komunikasi harus berterusan
◦ orang lain sering membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku
◦ sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak kira yang nyata atau yang tersirat yang kita sampaikan kepada orang lain.
C. Fahaman mesej komunikasi berbeza
◦ Proses fahaman boleh berlaku secara spontan
◦ Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa yang kita lalui seperti
-ekspresi spontan dari emosi
-komunikasi yang telah kita skripkan
-mesej yang dibina atau dikonstruk
D.Komunikasi ada hubungan
◦ Dalam komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga merundingkan tentang hubungan
◦ Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi :
-Hubungan Komplimenteri/Lengka
-Hubungan Bersimetri
G)Perancangan Idea
Dalam perancangan idea;
1. memastikan keperluan peralatan yang paling sesuai untuk struktur P&P
2. membezakan antara keperluan, apa yang diunsurkan/ pilihan alat dalam sukatan membenarkan pelajar menerokai subjek pada tahap yang berbeza.
3. mengetahui cara terbaik dalam merancang pengisian mata pelajaran
Tujuan;
— Mempengaruhi minda pelajar.
— Mengawal idea mengikut kesesuaian keadaan.
— Memberikan idea sokongan yang relevan dengan keperluan pelajar.
— Menjelaskan idea sokongan dengan sebaiknya dengan contoh yang logik dan dengan fakta yang betul.
— Membuat pengenalan topik yang baik untuk menarik minat pelajar.
— Menyusun idea yang berkaitan dan diterangkan dengan cara-cara yang logikal.
Tempat dan Masa;
Tempat
— Tidak kira sama ada guru memilih bilik darjah, taman, makmal atau seagainya, guru harus menentukan tempat yang sesuai untuk mengajar murid.
— Dengan adanya teknologi yang canggih, komunikasi antara guru dengan murid boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti menerusi e-mail, sms dan “chat”
Masa
— Masa merupakan aset penting dan harus digunakan dengan sebaiknya dalam P&P
— Tiga aspek penting dalam menguruskan masa
-Jangka masa
-Aktiviti
-Tepat pada waktu
H) Strategi Kesantunan;
— Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar.
— Strategi kesantunan yang biasa digunakan;
-Berterus terang
-Kesantunan positif
-Kesantunan negatif
-Tanpa rekod
I) Gangguan Dalam Komunikasi;
— Gangguan dalaman
— Bias dalam persepsi
— Pengalaman lalu
— Perbezaan dalam budaya
— Gangguan luaran
— Bahasa
— Komunikasi bukan lisan
— Defensi
— Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza
No comments:
Post a Comment