Bab 2 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
1) Pengertian Pengajaran:
· Penyebaran ilmu
· Mengajar sesuatu
· Segala aspek pengajaran
· Menukar tingkah laku
· Kembangkan kemahiran
· Satu lakuan
· Cara beri pengetahuan
· Hasilkan pembelajaran berkesan
· Penyampaian kemahiran
· Libatkan sumber
· Perlukan perancangan rapi
2) Pengertian Pembelajaran:
· Perubahan tingkah laku
· Perolehan tabiat dan sikap
· Berlandaskan teori
· Tindak balas terhadap rangsangan
· Proses kognitif
3) Prinsip Pembelajaran:
· Galakkan interaksi sesama murid
· Memberikan maklum balas
· Berikan penegasan dengan cepat
· Penggunaan masa yang efektif
· Menghormati bakat murid
· Meletakkan harapan yang tinggi
· Pembelajaran aktif
· Mempelbagaikan kaedah
4) Kesimpulannya;
· satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan atau peneguhan.
· berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman.
· berlaku apabila sesorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya.
· membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.
5) Ciri-ciri Pembelajaran Formal;
· pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan.
· berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan.
· diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun, melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG, kolej dan universiti.
· biasanya dilaksanakan dalam bangunan yang siap prasarananya. seperti bilik darjah, kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain.
· perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan bertauliah.
· melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif.
· menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.
6) Ciri-ciri Pembelajaran Informal;
· diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.
· diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman.
· proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat.
· berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu.
· tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.
7) Ciri-ciri Pembelajaran Non Formal;
· Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya.
· berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran murid dalam bidang tertentu.
· kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari.
· biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada murid sebagai bayaran sagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum.
· tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusat latihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal.
· kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, ada kesinambungan daripada pembelajaran formal.
· melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid mendapat penjelasan yang lebih baik dalam menambah ilmu dan kepakaran.
8) Pembelajaran Mengikut Gagne:
i. Fasa motivasi: murid akan menerima rangsangan daripada persekitaran.
ii. Fasa kefahaman: melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsangan yang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria.
iii. pemerolehan: rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima.
iv. Fasa penyimpanan: fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
v. Fasa mengingat semula: fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. Contohnya, apabila hendak menelefon kawan, kita perlu ingat semula nombor telefonnya.
vi. Fasa generalisasi: dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan.
vii.Fasa prestasi: seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.
viii.Fasa maklum balas: seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang diperolehinya.
9) Rumusannya;
· Hierarki pembelajaran
-pembelajaran isyarat
-pembelajaran gerak balas
-rangkaian motor
-pertalian bahasa
-diskriminasi
-konsep
-hukum
-penyelesaian masalah
· Klasifikasi hasil pembelajaran
-maklumat lisan
-kemahiran intelek
-strategi kognitif
-sikap
-kemahiran motor
· Frasa pembelajaran
-fasa motivasi
-fasa kefahaman
-pemerolehan
Fasa penyimpanan
-fasa ingat semula
-fasa generalisasi
-fasa prestasi
-fasa maklum balas
· Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran
· Prinsip-prinsip Pembelajaran
· Jenis-jenis Pembelajaran
No comments:
Post a Comment