PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
1) PERINGKAT PERKEMBANGAN
l Guru Permulaan
l Guru Cekap
l Guru Berkesan
l Guru Mahir
l Guru Pakar
2) Cabaran Guru Permulaan;
l Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.
l Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
l Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.
3) Ciri-ciri Guru Permulaan;
l Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
l Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran
l Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
l Kurang berupaya menangani tugas harian guru
4) Fokus Guru Permulaan;
l Mempunyai kualiti dan kebolehan diri
l Melaksanakan P&P
l Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
l Pengurusan tempat kerja (sekolah)
l Penyesuaian diri dengan budaya sekolah
l Peka dan sentiasa mendapatkan informasi
l Mempunyai kepelbagaian idea
5) Guru Cekep;
l Mempunyai kecekapan dari segi:-
– Profesionalisme
– Melaksanakan visi dan misi
– Keterampilan peribadi
– Mengaplikasikan ICT
– Kecerdasan mental dan intelektual
– Kestabilan emosi
– Kebijaksanaan dan kepimpinan
l Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.
l Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.
l Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.
6) Guru Mahir;
l Guru terbaik dalam bidangnya.
l Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.
l Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi
l Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
l Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan murid
l Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.
l Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri
7) Guru Pakar;
l Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.
l Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.
l Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
l Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
terima kasih..info yang bagus..ringkas dan padat =)
ReplyDeleteNICE POST
ReplyDelete