Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 16 February 2014

Tips Praktikum : Atasi Rasa Takut Anda

Assalamualaikum wrt...


Pagi tadi saya pergi membimbing praktikum di Bentong...Pelajar DPLI j-Qaf...seronok tengok cikgu-cikgu kita ni..Ada kesungguhan untuk menjayakan p & p...Minggu lepas di Temerloh...Macam tu..banyak idea yang mereka ketengahkan...TAHNIAH...


Bailklah...hari ni saya berikan sedikit lagi tips kepada anda...

Soalan 5 : Risau dan takut apabila hendak diselia

Jawapan : Jika anda risau dan takut apabila penyelia mahu datang menyelia anda, maka sebenarnya anda manusia yang normal. Guru yang telah lama berkhidmat sekalipun akan berasa risau dan takut jika mahu diselia oleh guru besar, pengetua mahupun pihak nazir. Apa yang perlu anda ketahui adalah kedatangan mereka bukan sekadar untuk menyelia, sebaliknya lebih untuk membantu. Mereka mahu membantu anda untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada. Gunakan kesempatan ini untuk berkongsi masalah dengan mereka. Dapatkan pandangan daripada mereka untuk mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi. Anggaplah mereka sekadar datang untuk memberikan bimbingan, bukannya lebih kepada penyeliaan.

Ok...tu saja...Selamat mencuba ya...

Friday, 14 February 2014

Bab 1: Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Hari ni saya nak bincangkan sedikit tentang pengurusan bilik darjah. Apa dia BILIK DARJAH ya... Mari kita lihat takrifan berikut:

            Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
            Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
            pembelajaran serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan
   •         Menurut Lemlech (1988): 
- Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.

- Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

         Menurut Hall (2000):
- Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.

- Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.

- Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

         Menurut Levin & Nolan (2004);
-       Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri

·         Oleh yang demikan, peranan anda sebagai guru adalah:
-       Fokus kepada pencegahan adalah lebih utama dari hukuman ke atas salah laku.
-       Guru harus tegas tetapi ramah, adil dan saksama serta bersikap profesional
-       Disiplin kendiri dan sikap yang baik harus disemai dan dipelajari


ok..macam mana pula dengan anda?Apa pendapat anda?Renung-renungkanlah ya...jumpa lagi...

Thursday, 13 February 2014

Tips Praktikum : Pendekatan & Strategi

Kita sambung lagi pasal tips semasa praktikum...Isu hari ni, begini pula...

Soalan 4 : Sukar memilih pendekatan dan strategi pengajaran

Jawapan : Saya tidak mahu mengulang semula setiap aspek tersebut. Mungkin ada sendiri jemu kelak. Apa yang boleh saya sarankan adalah sekali lagi anda perlu kenalpasti kecerdasan pelbagai pelajar. Berikanlah yang terbaik untuk mereka. Pilih pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan tahap pencapaian atau kecerdasan mereka. Kalau anda tanya saya, apakah pendekatan yang paling baik, maka persoalan tersebut saya serahkan kembali kepada anda. Tidak ada mana-mana pendekatan dan strategi yang paling baik, yang terbaiknya adalah anda tahu menyesuaikan pendekatan dan strategi tersebut dengan tahap dan pencapaian pelajar anda. Jadi, hanya anda yang berhak menentukan mana satu pendekatan dan strategi yang sesuai dengan pelajar anda. 

Ok...dapat idea tak? Masih buntu?...Takpa..jangan risau...cuba dulu ya..ok...jumpa lagi...