Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Thursday, 13 February 2014

Tips Praktikum : Pendekatan & Strategi

Kita sambung lagi pasal tips semasa praktikum...Isu hari ni, begini pula...

Soalan 4 : Sukar memilih pendekatan dan strategi pengajaran

Jawapan : Saya tidak mahu mengulang semula setiap aspek tersebut. Mungkin ada sendiri jemu kelak. Apa yang boleh saya sarankan adalah sekali lagi anda perlu kenalpasti kecerdasan pelbagai pelajar. Berikanlah yang terbaik untuk mereka. Pilih pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan tahap pencapaian atau kecerdasan mereka. Kalau anda tanya saya, apakah pendekatan yang paling baik, maka persoalan tersebut saya serahkan kembali kepada anda. Tidak ada mana-mana pendekatan dan strategi yang paling baik, yang terbaiknya adalah anda tahu menyesuaikan pendekatan dan strategi tersebut dengan tahap dan pencapaian pelajar anda. Jadi, hanya anda yang berhak menentukan mana satu pendekatan dan strategi yang sesuai dengan pelajar anda. 

Ok...dapat idea tak? Masih buntu?...Takpa..jangan risau...cuba dulu ya..ok...jumpa lagi...

Konsep Pendidikan

Hari ni saya sambung sedikit lagi tentang Konsep Pendidikan.
Antaranya takrifan yang dikemukakan oleh John Dewey dalam konsep "Pendidikan Progresif", iaitu ;
  •  memberi peluang kepada murid untuk belajar secara perseorangan (individually learning).
  •    memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui pengalaman (learning experiencing).
  •   guru memberi dorongan semangat dan motivasi bukan hanya sebagai pemberi arahan.
  •   guru melibatkan murid dalam kepelbagaian aktiviti pembelajaran di sekolah yang mencakupi pengajaran dan bimbingan.
  •   guru memberi arahan dan bimbingan sepenuhnya agar murid menyedari bahawa hidup itu dinamis dan mengalami perubahan yang begitu cepat.

Sementara itu matlamat umum pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang dapat;
              i.        mengawal persekitarannya.
            ii.        menentukan objektif-objektifnya tersendiri.
           iii.        menyatakan sesuatu dengan jelas.
           iv.        bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat.
            v.        memberi sumbangan terhadap pembentukan semula masyarakat.

Seterusnya objektif pendidikan dapatlah dinyatakan seperti yang berikut;      mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.
  •  menyediakan pendidikan dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. 
  •  meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi.
  • menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua murid dari pelbagai peringkat.
  • memperbaiki usaha penyelidikan, perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.
       Ok...cukuplah dulu ya..nanti kita jumpa lagi...selamat meneroka lagi lautan ilmu yang ada...


Wednesday, 12 February 2014

Tujuan dan Konsep Pendidikan

Berikut  ini saya kemukakan tujuan dan konsep pendidikan secara umumnya...          

1) Tujuan pendidikan sekolah rendah:

  • Menguasai 4M
  • Membangunkan pemikiran sifat ingin tahu dan mencari pengetahuan sendiri



2) Tujuan pendidikan sekolah menengah:
  • Sekolah harian
  • Sekolah berasrama penuh
  • Sekolah vokasional dan teknikal

3) Definisi pengajaran dan pedagogi:
  • Seni: merupakan satu seni yang perlu mengambilkira pelbagai sudut, pandangan, tindakan dan lakonan
  • sains: mempunyai ilmu teori dan praktikal yang perlu dirujuk sebagai asas kepada tindakan dan pegangan dalam amalan

Nota lengkap boleh anda peroleh daripada Buku Pengantar Pengajian Profesional dan Buku Pengantar Pendidikan yang dihasilkan oleh saya,terbitan Sykt.Multimedia seperti yang dinyatakan sebelum ini...Selamat meneroka ilmu milik Allah ini...