Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Friday 20 March 2015

Isu, Masalah dan Kepentingan Praktikum

Assalamualaikum...jumpa lagi...
Bagaimana dengan percutian yang baru lalu....seronokkan...lupa segala stres dan terasa nikmatnya bercuti...

Ok..dah beres cuti..kita sambung sikit lagi tentang praktikum....

Kompetensi dan kualiti guru pelatih ini ditentukan dengan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Sehingga kini terdapat pelbagai masalah telah dikenal pasti dihadapi oleh guru pelatih ketika mereka menjalani praktikum. Antaranya adalah seperti;

·  tahap kesediaan dan pengetahuan pedagogi guru pelatih dikatakan kurang memuaskan
·  minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran mengajar yang sederhana
·  keyakinan diri mereka dalam menyampaikan isi pelajaran juga dikatakan masih rendah
·  prestasi guru pelatih ketika praktikum kurang memuaskan
·  kurangnya usaha guru pelatih belajar untuk mengajar dan memperbaiki pengajaran

Ketika menjalani praktikum, guru pelatih akan dibimbing dan diselia oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan kualiti sebagai seorang guru. Sebagai guru pelatih, anda sepatutnya mengetahui apakah aspek yang perlu difokuskan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Untuk makluman anda, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:

·  perancangan jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum
·  perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan guru pembimbing secara berterusan untuk      menjalinkan hubungan secara profesional
·  menyemak dan membimbing penulisan refleksi guru pelatih, jurnal pengajaran dan pembinaan portfolio praktikum

Program praktikum merupakan program yang terpenting dalam latihan keguruan. Bimbingan yang diberikan kepada guru pelatih ketika menjalani praktikum di sekolah sangat penting kerana melalui program ini akan dapat membantu guru pelatih;

·  menghadapi cabaran yang benar-benar menguji semangat, kesabaran, daya usaha serta ketahanan fizikal dan mental dalam usaha untuk menjadi guru yang berkualiti
·  mengurangkan kebimbangan dan tekanan
·  meningkatkan semangat dan mengurangkan rasa rendah diri
·  mengelakkan sikap mudah berputus asa dan negatif
·  mengekalkan kestabilan emosi
·  mendedahkan guru pelatih kepada pengalaman sebenar profesion perguruan
·  membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru yang berkompetensi dan berkualiti


Sehingga kini terdapat beberapa masalah utama yang melibatkan guru pelatih dalam program praktikum, antaranya adalah seperti berikut;

·  tidak tahu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar
·  sukar  mengaplikasikan teori kepada konteks sebenar di bilik darjah
·  gagal memenuhi keperluan kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang
·  teragak-agak dalam mempraktikkan kemampuan dan prestasi sebenar mereka dalam pengajaran
·  bermasalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar
·  beranggapan tugas utama pensyarah penyelia dan guru pembimbing adalah untuk menilai dan memberi gred
·  merasa kurang selesa apabila kerap diselia oleh penyelia
·  kurang menguasai aspek pedagogi
·  kurang berkeyakinan untuk mengajar
·  tidak dapat mengembangkan isi pelajaran dengan baik
·  takut untuk berhadapan dengan pelajar
·  bermasalah untuk menyediakan alatan mengajar dan terikat dengan penggunaan buku teks sahaja.
·  tekanan emosi dan perasaan

Selain itu beberapa masalah utama yang melibatkan guru pembimbing dalam program praktikum pula adalah seperti berikut;

·  kebanyakan guru terlatih yang berada di sekolah kurang memberi sokongan dan tunjuk ajar
·  ada antara mereka yang berasa kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih tersebut menjalankan tugas pengajaran
  faktor kekangan masa, bebanan kerja dan kemahiran menyelia

Seterusnya beberapa masalah utama yang melibatkan pensyarah penyelia dalam program praktikum adalah seperti berikut;

·  aspek bimbingan dan penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang sering terbiar dan dipinggirkan
·      penekanan yang berlebihan kepada gred yang diperolehi guru pelatih
·      penilaian ada kalanya berfokus kepada kehendak dan kepuasan mereka sahaja.
·      tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif
·      menjadikan guru pelatih sebagai klon kepada diri mereka sendiri

Sepatutnya setelah program praktikum haruslah dijalankan dengan berkesan agar dapat memberikan impak yang besar kepada kualiti guru pelatih, antaranya adalah untuk;

· mempengaruhi guru pelatih untuk menjayakan pengajaran dengan menguasai sepenuhnya aspek pedagogi pengajaran
· Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif, menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi serta berupaya mengangkat moral guru pelatih untuk melaksanakan amalan pengajaran dengan lebih berkesan
·  melahirkan guru pelapis yang benar-benar berkualiti dan berkompeten pada masa akan datang

Antara punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih ketika praktikum itu mungkin berlaku kerana;

·         pensyarah penyelia yang menyampaikan bahan berbentuk teori di dalam bilik kuliah menghadapi kesempitan waktu untuk memberikan pendedahan dalam aspek pedagogi pengajaran secara terperinci dan kaitannya dengan amalan pengajaran sebenar di bilik darjah
·         guru-guru pembimbing pula dalam masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas rutin di sekolah

Sebagai guru pelatih, anda patut menyedari bahawa fokus utama yang perlu diberikan perhatian adalah melibatkan aspek pedagogi pengajaran yang meliputi:

·         perancangan pengajaran
·         pelaksanaan pengajaran
·         amalan refleksi
·         sikap dan sahsiah
·         nilai profesionalisme keguruan
·         pengetahuan dan kefahaman
·         kemahiran pengajaran dan pembelajaran 



Ok...itu saja dahulu untuk kali ini...selamat berjuang ya...

Sunday 15 March 2015

Permasalahan Dalam Praktikum

Berdasarkan kepada Laporan Jemaah Nazir KPM (2009) melalui Tinjauan Kebangsaan yang telah dilaksanakannya, didapati bahawa 69% responden mencadangkan supaya peningkatan kualiti guru dijadikan keutamaan oleh kerajaan, manakala 30% responden mencadangkan peningkatan outcome pelajar pada peringkat pendidikan rendah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian oleh kebanyakan mereka yang terlibat ketika dalam program praktikum, baik pensyarah penyelia, guru pembimbing mahupun guru pelatih itu sendiri.

Penyelesaian kepada masalah ini menuntut perubahan minda dalam kalangan jurulatih iaitu pensyarah penyelia dan guru pembimbing agar mereka dapat membentuk guru pelatih yang kompeten dan berkualiti dengan menguasai aspek pedagogi pengajaran ketika mereka menjalani praktikum di sekolah. Sehingga kini terdapat beberapa masalah utama yang melibatkan guru pelatih dalam program praktikum, antaranya adalah seperti berikut;
·tidak tahu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar
· sukar mengaplikasikan teori kepada konteks sebenar di bilik darjah
· gagal memenuhi keperluan kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang
· teragak-agak dalam mempraktikkan kemampuan dan prestasi sebenar mereka dalam pengajaran· bermasalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar
· beranggapan tugas utama pensyarah penyelia dan guru pembimbing adalah untuk menilai dan memberi gred
· merasa kurang selesa apabila kerap diselia oleh penyelia
·  kurang menguasai aspek pedagogi
·  kurang berkeyakinan untuk mengajar
· tidak dapat mengembangkan isi pelajaran dengan baik
· takut untuk berhadapan dengan pelajar
· bermasalah untuk menyediakan alatan mengajar dan terikat dengan penggunaan buku teks sahaja.
· tekanan emosi dan perasaan

Selain itu beberapa masalah utama yang melibatkan guru pembimbing dalam program praktikum pula adalah seperti berikut;

·kebanyakan guru terlatih yang berada di sekolah kurang memberi sokongan dan tunjuk ajar
·ada antara mereka yang berasa kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih tersebut menjalankan tugas pengajaran
·faktor kekangan masa, bebanan kerja dan kemahiran menyelia

Seterusnya beberapa masalah utama yang melibatkan pensyarah penyelia dalam program praktikum adalah seperti berikut;

·aspek bimbingan dan penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang sering terbiar dan dipinggirkan
·penekanan yang berlebihan kepada gred yang diperolehi guru pelatih
·penilaian ada kalanya berfokus kepada kehendak dan kepuasan mereka sahaja.
·tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif
·menjadikan guru pelatih sebagai klon kepada diri mereka sendiri

Sepatutnya setelah program praktikum haruslah dijalankan dengan berkesan agar dapat memberikan impak yang besar kepada kualiti guru pelatih, antaranya adalah untuk;

· mempengaruhi guru pelatih untuk menjayakan pengajaran dengan menguasai sepenuhnya aspek pedagogi pengajaran
· mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif, menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi serta berupaya mengangkat moral guru pelatih untuk melaksanakan amalan pengajaran dengan lebih berkesan
·melahirkan guru pelapis yang benar-benar berkualiti dan berkompeten pada masa akan datang

Antara punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih ketika praktikum itu mungkin berlaku kerana;

· pensyarah penyelia yang menyampaikan bahan berbentuk teori di dalam bilik kuliah menghadapi kesempitan waktu untuk memberikan pendedahan dalam aspek pedagogi pengajaran secara terperinci dan kaitannya dengan amalan pengajaran sebenar di bilik darjah

·  guru-guru pembimbing pula dalam masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas rutin di sekolah

Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada anda semua...tq

Saturday 14 March 2015

Kawalan Kelas

Assalamualaikum wrt...lama tak jenguk kat blog ni..agak sibuk sedikit...
Apa khabar anda semua...hari ni saya nak bincangkan sedikit lagi tips semasa anda sedang praktikum...Apa dia..isunya seperti ini...

Soalan 8 : Sikap pelajar yang tidak memberikan perhatian dan lebih suka bermain.


Jawapan : Memang lumrah pelajar suka bermain. Kadang-kadang kita sendiri pun lebih suka bermain. Dalam keadaan yang normal pun kita hanya dapat memberikan perhatian kepada sesuatu perkara dalam masa 5 minit sahaja. Itu pun dah resah gelisah. Oleh yang demikian, saya nasihatkan andalah yang harus menyesuaikan topik yang diajar dengan kemahuan pelajar. Jika mereka lebih suka bemain, maka carilah mana-mana permainan yang bersesuaian, suaikan dengan tajuk atau topik. Jadikan pengajaran anda satu permainan. Yang penting pelajar belajar, mereka juga masih dapat bermain dan seronok menunggu kehadiran anda untuk masuk ke dalam kelas.   

Ok...selamat meneroka warna warni dalam pendidikan ya...