Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday 28 August 2012

Program i-think


Program i-think

Pernah dengar program ini?Dah biasa kot?Apa dia?
Baiklah,saya berikan sedikit maklumat untuk kita kongsi bersama...

  • merupakan satu program KPM untuk membantu pelajar lebih mudah belajar dan dapat perangsang pemikiran mereka.
  • mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Definisi Pemikiran

  • proses menggunakan minda
  • mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
  • menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
  • membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  • membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

Tujuan Latih KBKK
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif  
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

  • Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta Pemikiran
  • peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang.
  • Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
  • Program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir dan yang terakhir adalah Peta Titi.
  • Berikut adalah gambaran keseluruhan Peta Pemikiran yang terdapat dalam i-think:
Ok...tu pengenalannya sahaja ya...nanti saya akan kemukakan setiap peta tersebut dalam siri yang akan datang....jangan mare....

Monday 27 August 2012

Pengumuman Gantian PBS

Gantian Cuti PBS

Surat IPG KP(IPG)8282/600/2/54(2) adalah dirujuk.
Untuk makluman semua guru pelatih yang menjalani PBS di sekolah dan sekolah telah mengambil cuti gantian seperti mana yang diumumkan oleh KPM, maka berdasarkan surat berkenaan anda perlu menggantikan tarikh cuti yang telah diambil oleh pihak sekolah.

Sehubungan dengan itu, tarikh gantian yang telah ditetapkan adalah pada 8 SEPTEMBER 2012 dan 22 SEPTEMBER 2012, manakala penempatan gantian PBS tersebut hanyalah di kawasan yang berhampiran dengan institut sahaja. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar anda mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menggantikan cuti tersebut. Penempatan baru sedang diuruskan oleh Unit Praktikum.

Harap Maklum... 

Wednesday 15 August 2012

Pembelajaran Akses Kendiri


PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

Pagi ni saya nak kongsi satu lagi cara untuk anda menguruskan pembelajaran murid-murid anda di sekolah. ya, mungkin perkara ni dah biasa cikgu-cikgu di sekolah wat,takpalah,bagi anda di IPG, cuba ambil kesempatan masa PBS minggu depan untuk perhatikan...ada tak PAK ni dilaksanakan...ok ke tidak...sejauh mana kejayaannya...

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
  • Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. 
  • Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri.
  • satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. 
  • Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. 
  • murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.
  • satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. 
  • Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.

 Pelaksanaan PAK di Malaysia:
•   1990: Projek rintis di 10 buah sekolah rendah.  (Bahasa Inggeris)
•  1995: Projek rintis di 10 buah sekolah menengah. (Bahasa Inggeris)

 TUJUAN PAK:

  • memotivasikan murid ke arah berautonomi
  • menghasilkan murid;
    • self-directed
    • self-paced
    • self-access
    • self assessed

KONSEP PAK:

  • PAK ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar.
  • Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. 
  • Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

 Sebuah bilik khas untuk:
•   Menyimpan bahan-bahan pembelajaran secara sistematik;
•   Murid belajar pelbagai mata pelajaran tanpa diselia; dan
•   Murid belajar secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

 Pusat PAK sebagai sebuah tempat yang dapat:
•   Menyediakan persekitaran yang selesa danmenarik
•   Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran
•   Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan
         pembelajaran yang berkesan
    •   Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja murid

Asas PAK:

1. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran(Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald,Morral and Morrison)

2. Murid tidak seharusnya pasif (hanya memberi respon kepada rangsangan guru). (Boud, 1998; Kohonen, 1992; Knowles, 1975)

3. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. (Gardner dan Miller, 1996)

Ciri-CIRI PAK;
•   Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan
•   Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
•   Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
•   Belajar secara bersendirian / kumpulan
•   Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
•   Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri


BAHAN-BAHAN DLM PAK;

           a.       Bahan Bercetak
i.   Lembaran Kerja
•   Disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
•   Disusun di dalam kotak (browser boxes)
•   kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
•   Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

ii. Buku / majalah / surat khabar
•    Disusun di sudut bacaan
•    Disusun di atas rak

b.       Bahan Bukan Bercetak
         i.  Pita Kaset / Video / Cakera Padat
•   Disusun di atas rak
•   Disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk

        c.     Cara-cara menyimpan: pita kaset / video / cakera padat

 Antara contoh menyimpan pita kaset / video / dan cakera padat ialah:
•   Pita kaset / video dan lembaran kerja disimpan di rak atau kotak berasingan
•   Pita kaset / video / cakera padat dan lembaran kerja disimpan di dalam sampul plastik di rak
•   murid mengenal pasti lembaran kerja yang dikehendaki dan berjumpa dengan guru mereka untuk mendapatkan pita kaset / video yang berkaitan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kehilangan pita kaset / video / cakera padat. 

TANGGUNGJAWAB GURU:

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri
Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri
Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid di mana  perlu

TANGGUNGJAWAB MURID:

•      Mengenal pasti keperluan sendiri
•      Mengenal pasti kebolehan sendiri
•      Menetapkan matlamat sendiri
•      Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri
•      Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

Ok...cukuplah tu ya...nanti masa PBS nanti cuba perhatikan betul-betul ....

Pengumuman PBS

Pengumuman PBS Sekejap Ya...

Saya ambil kesempatan ni nak wat pengumuman tentang PBS Sem 2 & 4 ya...
Minggu depan semua guru pelatih semester 2 & 4 akan turun ke sekolah untuk menjalani PBS selama seminggu, mulai 13 - 17 OGOS 2012.
Namun begitu kebanyakan sekolah akan bercuti pada Khamis dan Jumaat sempena Hari Raya Aidilfitri.
Oleh kerana sekolah bercuti, maka secara tak langsung, anda jugak akan bercuti. Tiada tempoh gantian bagi cuti tersebut.
Oleh yang demikian, anda dinasihati menggunakan sepenuhnya masa yang ada selama 3 @ 4 hari di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Ok...selamat menjalani PBS, selamat meneruskan ibadah puasa, selamat pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....dalam masa yang sama jangan lupa mana-mana tugasan yang diberikan oleh para pensyarah kepada anda..

Bagi pelajar PGSR, internship akan berjalan tidak lama lagi. Ada pelajar yang menghubungi saya samada anda perlu mengajar atau tidak sewaktu internship ni berlangsung. Jika anda rujuk kepada panduan yang diberikan, jelas dalam Perkara 3 bahawa ketetapan sama ada perlu mengajar atau tidak terletak kepada Guru Besar dan pihak pengurusan sekolah. Oleh yang demikian, jika anda diarahkan untuk mengajar, maka terimalah dengan hati terbuka kerana ini sebahagian daripada t/jawab anda. Ingat....belajar hanya sambilan, tugas hakiki perlu diutamakan...

Jangan lupa kembali ke IPG setelah semua selesai nanti...

Monday 13 August 2012

Pembelajaran Konstrutivisme


Pembelajaran Konstruktivisme

Saya sambung nota berikutnya dengan pembelajaran konstruktivisme....Biasa dah kan dengar tajuk ni...takpalah sekadar ulangkaji lah kot...

    Konsep:
•   Pelajar belajar dan bina sendiri pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka
•   Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling.

Peranan Murid: 
  • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.  Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
  • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.  Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.  Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham
  • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan.  Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
  • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

     Peranan Guru:
  • Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
  • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
  • Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
  • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
  • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis
  • Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
  • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.


Cabaran Kepada Guru:
  • Guru merasa mereka tidak mengajar.
  • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.
  • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.Kawalan kelas agak merosot.
  • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah
         Ok..selamat meneruskan penerokaan ilmu...semoga ada manfaat utk kita bersama..

Sunday 12 August 2012

Pembelajaran Masteri


Pendekatan Pembelajaran Masteri

Ok...hari ni saya kemukakan sedikit nota tentang pembelajaran masteri. Pernah dengar tak? Apa dia PM ni..bukan Perdana Menteri tau...Ni sedikit bahan utk kita kongsi bersama ya...

Konsep Pembelajaran Masteri (PM)
  • PM suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.  Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • suatu pendekatan p&p yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.


       Prinsip Asas PM:
    • Murid normal
    • unit pembelajaran
    • masa mencukupi
    • arahan jelas


 Langkah Dalam PM:

1)Tentukan hasil pembelajaran
2)Laksanakan P & P
3) Penilaian
4) Tindakan susulan
5)Aktiviti pemulihan/pengayaan

Ok..tu duulu utk kali ni ya...jumpa lagi nanti....

Saturday 11 August 2012

Buku Rujukan Ilmiah

Buku-buku Rujukan

Opppsss...asyik baca nota aja....tension nanti.....iklan jap ya...
Berikut adalah buku-buku yang ditulis oleh saya dibawah Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd..
Buku-buku ni terdapat di semua kedai POPULAR, MPH dan kedai-kedai buku yang lain...
Tapi kalau anda susah nak dapatkannya, boleh order terus dari saya.....okkk...jangan mare ya...






Buku Kemahiran Belajar ini digunakan oleh pelajar Pra PISMP di IPG..Memuatkan nota cara-cara untuk menguruskan pembelajaran, cara menulis rujukan dan mengikut proforma kursus yang digunakan di IPG.






Buku Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme ini digunakan oleh pelajar Sem.8 PISMP di IPG..Memuatkan nota tentang teori-teori kepemimpinan dan mengikut proforma kursus yang digunakan di IPG.




Buku Pengantar Pendidikan ini digunakan oleh pelajar Pra PISMP di IPG..Memuatkan nota tentang Falsafah Pendidikan, Falsafah Pendidikan Guru, Sejarah Pendidikan Negara dan mengikut proforma kursus yang digunakan di IPG.






Buku Guru dan Cabaran Semasa ini juga digunakan oleh pelajar Sem.8 PISMP di IPG..Memuatkan nota tentang etika keguruan, peraturan-peraturan dalam kerjaya keguruan, pengurusan emosi dan mengikut proforma kursus yang digunakan di IPG.




Buku Budaya dan Pembelajaran ini digunakan oleh pelajar Sem.5 PISMP di IPG..Buku ni antara yang terlaris di pasaran. Memuatkan nota budaya dalam kalangan pelajar, pendemokrasian pendidikan, ketaksamaan pendidikan dan mengikut proforma kursus yang digunakan di IPG.



Disamping buku-buku tersebut, ada beberapa buku lagi yang tidak dapat disertakan, antaranya Murid dan Alam Belajar Terbitan Freemind Horizons dan Buku Transformasi Pendidikan Ke Arah Merealisasikan Satu Malaysia. Buku Transformasi Pendidikan ini telah dilancarkan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching Sarawak 2011 yang lalu.Yang ni terbitan terhad,ada order baru cetak...

Ok ...kalau nak, boleh contact saya ya....





Thursday 9 August 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Bagi cikgu kat sekolah, tajuk ni mungkin biasa aja. tapi bagi guru pelatih di IPG ianya macam benda baru. Baru-baru ni ramai pensyarah yang jumpa saya menyatakan bahawa guru pelatih yang pergi praktikum macam tak tau apa-apa pasal KSSR. Mereka kata takda pendedahan ke? 
Ok...lah...sebagai info kepada anda semua, saya sertakan serba sedikit maklumat tentang KSSr untuk bacaan anda...
Baca tau,nanti bila orang tanya jangan jawab macam tak bersalah pulak,entah,saya tak tau....

Definisi Kurikulum

¢  Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
¢   Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
¢    Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah

Definisi Standard
¢  Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain

Keperluan Perubahan:
¢  Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
¢  Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
¢  Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan.
¢  KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
¢  KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
¢  Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
¢  Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.
¢  KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
¢  KSSR  mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.
¢  Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja.

               Organisasai KSSR:
¢  KSSR digubal dalam 2 bentuk:
 -Standard Kandungan
  -Standard Pembelajaran
¢   Perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan.

Standard Kandungan:
—   pernyataan yang lebh terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan

Standard Pembelajaran:
—   Suatu pebnepatan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur.

Tujuan Standard diwujudkan:
¢  Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
¢  Melalui adanya standard kandungan dan standard pembelajaran , guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan.
¢  Hal ini, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah.
¢  Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepada murid.
¢  Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah.
¢  Strategi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.

Bahan Kurikulum:
¢  Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran.

Dokumen Standard
¢   bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
¢   Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka.
¢  Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.
¢  Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan bagi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.

Modul Pengajaran
—  -dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

Komposisi Kurikulum:
¢  KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
¢  Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
¢  Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
¢  Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks.
¢  Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Ia membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3.
¢  Pendidikan seks akan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.
¢   Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahan pengajaran turut disediakan.
¢  Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi  akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’. 2.
¢  Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.
¢   Murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

Sains Hayat
¢  mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Sains Fizikal
¢   berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 

¢  Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri:

-Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. 
-Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR.

Modul pengajaran dalam KSSR mengandungi :
cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.
-Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu   kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul
-Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Modul Dalam KSSR:
¢  KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Modul Asas Teras:
  • merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

 Modul Asas Tema:
  • daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik.

 Modul Asas Elektif:         
  • pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.

 Modul Teras Asas:
  • terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.

Modul Teras Tema:
  • terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.

 Modul Elektif:
  • terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
  • Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual persekolahan.
  • Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
  • Sekiranya sekolah tidak dapat menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi.
  • Contoh kombinasi mata pelajaran ialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggeris selama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dan keupayaan sekolah.

 Bagi Tahap Dua :
  • akan dilaksanakan pada tahun 2014.
  • Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah:
    •  Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah.
    •  Manakala subjek sedia ada termasuklah :
    • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

 Pentaksiran Dalam KSSR:
  • Pentaksiran Sekolah
    • proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.
    • Pentaksiran secara formatif
      • adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning)
    • pentaksiran secara sumatif
      • adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning).

      • Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik

 Proses Pentaksiran Sekolah:
  • melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks.
  • Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.

 Pentaksiran formatif untuk pembelajaran
  • merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
  • Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.
  • Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam  mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.


Dalam aktiviti pemulihan:
  • guru boleh menjalankan program bacaan tambahan dengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripada buku dan internet.
  • Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam kelas.
  • Guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankan secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah.
  • Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah.

 Pengayaan:
  • proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
  • Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang.
  • Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah.
  • Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri.
  wooo...banyaknya ya...faham ke tidak...Takpalah pelan-pelan kayuh..Kalau tak tau jugak,nanti cuba-cubalah tanya dengan cikgu-cikgu yang ada kat sekolah tu...


Konsep Kendiri


KONSEP KENDIRI

Ok kali ni saya nak kenalkan pulak konsep kendiri. nanti bila cikgu masuk kelas, cuba tengok murid-murid tu, apa konsep kendiri mereka, kemudian cuba bantu yang terdaya tau...

Pengertian:
   Ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri & merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan & tingkah laku kendiri seseorang individu
  Dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain & penyesuaian dengan alam sekitar
  Penyesuaian yang berjaya – menghasilkan kendiri positif & kegagalan -mengakibatkan kendiri negatif
  Ia boleh dipengaruhi oleh tanggapan orang lain

Jenis KonsepKendiri
Terdapat 2 jenis konsep kendiri:
a)   konsep kendiri positif
    b)   konsep kendiri negatif

Ciri-ciri murid yang positif kendirinya:
   Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan
   Sering mendapat pujian, gembira, yakin & percaya pada diri    sendiri
   Dapat menghadapi masalah & cabaran dengan tabah
   Optimistik, terbuka, sedia menerima kritikan orang lain
   Dapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru & rakan
   Mempunyai emosi stabil

Ciri-ciri murid yang negatif kendirinya:
       Sentiasa mengalami kegagalan akademik/ko-kurikulum
       Selalu dikritik oleh guru & rakan
       Emosi tidak stabil (mudah tersinggung,merajuk)
       Kurang diterima oleh rakan
       Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari bersosialisasi
       Gemar membuat kerja mudah, tiada cabaran
       Kurang kasih sayang daripada ibu bapa

Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif:
   Pengalaman pahit/kegagalan yang pernah ditempuhi
   Kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa, guru & rakan
   Pencapaian akademik rendah & jarang mendapat pujian
   Suasana keluarga yang kurang harmonis
   Tekanan/ancaman ibu bapa @ guru menjejaskan     pembentukan konsep kendiri tinggi
   Latar belakang sosio-ekonomi rendah berbanding rakan lain

Ok ...selamat mencuba cikgu...